Tuesday, November 11, 2008

SUASANA MAJLIS KECEMERLANGAN PELAJAR 2008

HARI KECEMERLANGAN PELAJAR 2008

Majlis ini telah berlansung pada 8 Nov 2008 (Sabtu) dan dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Hj Bong Salleh.

Seramai 91 orang pelajar dari Tahap 1 dan Tahap 2 telah dianugerahkan sebagai Pelajar Cemerlang dan pelajar yang mendapat Markah Terbaik.Manakala 2 orang pelajar dari Tahun 6 telah diaanugerahkan sebagai Pelajar Mithali 2008 iaitu Adik Ahmad Nazirul Naim dan Adik Nik Nur Syakira.

Majlis ini bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.Kehadiran ibubapa serta AJK PIBG memeriahkan lagi suasana majlis ini.

Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz Hj Bong Salleh,Guru Besar serta AJK PIBG yang hadir.

Sekalung TAHNIAH khas buat pelajar-pelajar yang telah berjaya dan jutaan TERIMA KASIH kepada semua tetamu jemputan serta ibubapa yang dapat meluangkan masa untuk hadir ke majlis yang ini.

Saturday, November 8, 2008

TENAGA PENGAJAR DAN KAKITANGAN SRA PANDAN INDAH

GURU BESAR : US RAZALI B. AMAT SEHAB
GPK 1 : USTZH RUSMAWATI BT MAT BANI

TENAGA PENGAJAR :
01) US MOHD ZAKI
02) US MOHD AMRI
03) US ABD YAZID
04) US KHAIRULLAH
05) US ANWAR
06) USTZH ZARINAWATI
07) USTZH MARIAH
08) USTZH SITI RAJMAH
09) USTZH ROS ALIA QISTINA
10) USTZH ZAINAB
11) USTZH HAMAMI
12) USTZH SHARUL HAIRIAH
13) USTZH NOR HAFIZAH
14) USTZH SALAZZUIN
15) USTZH NOR HAZLEEN
16) USTZH SUHAILA
17) USTZH MARSYITAH

KERANI : US MOHD SYAUQI

## JUMLAH KESELURUHAN KAKITANGAN SRAPI PADA 2008 SERAMAI 20 0RG.

PIBG SEK REN AGAMA PANDAN INDAH SESI 2009

PENDAFTARAN PELAJAR THN 1 SESI 2009 TELAH DIBUKA

Pendaftaran pelajar Thn 1 sesi 2009 telah dibuka sejak 2 bulan yang lalu.Ibubapa/ Penjaga pelajar yang berhasrat untuk mendaftar anaknya di sekolah ini,bolehlah mengambil BORANG PENDAFTARAN di Pejabat SRAPI pada waktu bekerja dan menyerahnya semula bersama dengan 1 salinan surat beranak anak.

Manakala pada cuti sekolah akhir tahun nanti,pejabat hanya dibuka dari jam 9 pagi - 12 t/hari sahaja.

Kaunter utk segala urusan pembayaran yuran sekolah dan urusan pembelian buku teks/buku tulis sesi 2009 hanya dibuka pada hari pertama persekolahan nanti ( 5hb Jan 2009).

Sebarang pertanyaan,sila berurusan dengan pihak SRAPI.

KENALI SRA PANDAN INDAH

Tanggal 3 Jan 2007,adalah tarikh bermulanya operasi SRAPI yang merupakan sebuah sekolah agama di Pandan Indah.Sekolah ini dinaungi sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Usianya masih lagi diperingkat yang teramat muda untuk melangkah dengan maju kerana masih banyak lagi kemudahan-kemudahan serta kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan supaya para guru dan murid-murid dapat menyampai dan menerima ilmu dengan berkesan dan terbaik.


Namun,berkat usaha,kesepakatan serta sokongan dari pelbagai pihak termasuk Guru Besar,Guru Penolong Kanan, Guru-Guru serta PIBG,maka SRAPI terus mengatur langkah untuk menabur bakti dalam mendidik anak-anak yang menjadi harapan Agama dan Negara.

Dipenghujung tahun 2008 ini,maka genaplah 2 tahun penubuhan SRAPI yang tersergam indah ini.Harapan bersama semoga SRAPI terus megah dan maju selamanya.

####Terima Kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada SRAPI dalam usaha untuk terus membangun dan maju..

## SRAPI mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk kemudahan pelajar kerana kewangan SRAPI masih lagi tidak mengizinkan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan seperti komputer,buku-buku di perpustakaan,dll kerana memerlukan kos yang tinggi.