Saturday, November 8, 2008

KENALI SRA PANDAN INDAH

Tanggal 3 Jan 2007,adalah tarikh bermulanya operasi SRAPI yang merupakan sebuah sekolah agama di Pandan Indah.Sekolah ini dinaungi sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Usianya masih lagi diperingkat yang teramat muda untuk melangkah dengan maju kerana masih banyak lagi kemudahan-kemudahan serta kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan supaya para guru dan murid-murid dapat menyampai dan menerima ilmu dengan berkesan dan terbaik.


Namun,berkat usaha,kesepakatan serta sokongan dari pelbagai pihak termasuk Guru Besar,Guru Penolong Kanan, Guru-Guru serta PIBG,maka SRAPI terus mengatur langkah untuk menabur bakti dalam mendidik anak-anak yang menjadi harapan Agama dan Negara.

Dipenghujung tahun 2008 ini,maka genaplah 2 tahun penubuhan SRAPI yang tersergam indah ini.Harapan bersama semoga SRAPI terus megah dan maju selamanya.

####Terima Kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada SRAPI dalam usaha untuk terus membangun dan maju..

## SRAPI mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk kemudahan pelajar kerana kewangan SRAPI masih lagi tidak mengizinkan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan seperti komputer,buku-buku di perpustakaan,dll kerana memerlukan kos yang tinggi.

No comments: