Tuesday, November 11, 2008

HARI KECEMERLANGAN PELAJAR 2008

Majlis ini telah berlansung pada 8 Nov 2008 (Sabtu) dan dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Hj Bong Salleh.

Seramai 91 orang pelajar dari Tahap 1 dan Tahap 2 telah dianugerahkan sebagai Pelajar Cemerlang dan pelajar yang mendapat Markah Terbaik.Manakala 2 orang pelajar dari Tahun 6 telah diaanugerahkan sebagai Pelajar Mithali 2008 iaitu Adik Ahmad Nazirul Naim dan Adik Nik Nur Syakira.

Majlis ini bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.Kehadiran ibubapa serta AJK PIBG memeriahkan lagi suasana majlis ini.

Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz Hj Bong Salleh,Guru Besar serta AJK PIBG yang hadir.

Sekalung TAHNIAH khas buat pelajar-pelajar yang telah berjaya dan jutaan TERIMA KASIH kepada semua tetamu jemputan serta ibubapa yang dapat meluangkan masa untuk hadir ke majlis yang ini.

No comments: